Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Atlet Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo, meluahkan rasa syukur meskipun terkandas di Mekah bersama keluarganya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Jojo dilihat memuat naik video dirinya sedang bersenam berlatar belakangkan pemandangan malam sekitar Masjidil Haram.
“Tiada tempat yang lebih baik untuk ‘terkandas’ selain di Mekah, Alhamdulillah,” ujarnya di ruangan komen.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan selebriti.
“‘Terkandas’ dengan seluruh ahli keluarga di Mekah, Allahuakbar. ‘Take care champ’,” ujar @Alifsatar.
“Terkandas di tempat paling mahal di dunia. Semoga Allah lindungi, amin,” ujar @Jozzlynhannania
Terdahulu, Jojo dan keluarganya dilaporkan terkandas di Mekah selepas penerbangan pulang mereka ke tanah air dibatalkan susulan penutupan beberapa ruang udara antarabangsa.
Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) membatalkan semua penerbangan melibatkan kumpulan tersebut berikutan banyak laluan ruang udara ditutup atas faktor keselamatan susulan serangan oleh Iran terhadap beberapa lokasi yang dijadikan markas ketenteraan Amerika Syarikat di rantau Asia Barat. – KOSMO! ONLINE
The post Tiada tempat yang lebih baik untuk ‘terkandas’ selain di Mekah, – Jojo Ghazali appeared first on Kosmo Digital.
