Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Perkongsian Perdana Menteri semasa menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh mendapat perhatian ramai.
Menerusi hantaran di media sosialnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi satu gambar memaparkan dirinya sedang bercakap bersama keluarganya menggunakan telefon di sebalik kaca.
“Kenangan di Sungai Buloh. Bertemu keluarga di sebalik kaca, hanya melalui telefon. Momen yang kekal dalam ingatan,” katanya.
Untuk rekod, pada 3 November 2016 Anwar dan keluarganya memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Penjara Sungai Buloh tidak membenarkan sentuhan fizikal dengan anggota keluarga ketika lawatan di penjara itu.
Bagaimanapun, pada 12 April 2018 Mahkamah Rayuan menolak rayuan keluarga beliau untuk membenarkan sentuhan fizikal ketika lawatan ke penjara.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmadi Asnawi memutuskan larangan sentuhan fizikal itu rasional dan wajar kerana tidak bercanggah dengan Peraturan-peraturan Penjara.- KOSMO! ONLINE
The post Anwar imbau kenangan di penjara appeared first on Kosmo Online.
