Auto Added by WPeMatico

TANJUNG MALIM – Jumlah penduduk terkesan banjir di daerah Muallim terus meningkat apabila seramai 397 individu dari 91 buah keluarga ditempatkan di empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka semalam.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah Batu 7 menempatkan 158 mangsa dari 40 buah keluarga dari kampung tersebut.
“PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir pula menempatkan 124 mangsa (22 keluarga) dari Kampung Pasir, manakala PPS Kg. Orang Asli (OA) Sg. Lembing, Behrang Stesyen pula menempatka 55 mangsa (13 keluarga) dari Kg. OA Sungai Lembing.
“PPS Dewan Serbaguna Kg. Pauh pula menempatkan 60 orang mangsa dari 16 buah keluarga dari Kg. Pauh, manakala PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Slim yang dibuka tengah malam tadi sedang menerima kemasukan mangsa,” katanya di sini hari ini.
Kosmo! semalam melaporkan seramai 194 mangsa banjir dari 38 buah keluarga ditempatkan di dua buah PPS ekoran bencana tersebut setakat pukul 4 petang.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang turun padang ke kawasan terjejas banjir turut memaklumkan pihak kerajaan negeri akan membantu penduduk yang ditimpa musibah berkenan. – KOSMO! ONLINE
The post Banjir: Hampir 400 mangsa di Muallim berteduh di 4 PPS appeared first on Kosmo Digital.