Auto Added by WPeMatico

BESUT – Lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut yang ditahan reman sejak kelmarin bagi membantu membantu siasatan membuli dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, baki dua lagi pelajar institusi pengajian sama yang turut ditahan reman semalam pula akan dibebaskan pada esok.
“Kesemua mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan lanjut diteruskan.
“Keluarga dan penjaga keluarga pelajar terlibat akan dihubungi pegawai penyiasat bagi prosedur seterusnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Azamuddin berkata, siasatan selepas ini menjurus kepada pengesanan saksi-saksi yang menyaksikan kejadian buli terbabit.
Beliau berkata, pihak polis juga akan mendapatkan laporan perubatan dan laporan prestasi pelajar bagi melengkapkan siasatan.
“Kertas siasatan seterusnya akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya.
Kosmo! hingga melaporkan tujuh pelajar berusia dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan membuli dua pelajar berusia 14 tahun hingga cedera. – KOSMO! ONLINE
The post Buli MRSM: Lima pelajar dibebas dengan jaminan polis appeared first on Kosmo Digital.