Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Pelumba Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan tunggangan cukup baik apabila menamatkan Grand Prix (GP) Austria di kedudukan kesembilan.
Pada perlumbaan yang berlangsung di Litar Red Bull Ring sebentar tadi, Danish yang bermula di petak ke-15 menampilkan aksi cukup baik sepanjang aksi 20 pusingan itu.
Lebih manis, kedudukan kesembilan yang diraih pada perlumbaan itu membolehkan Danish mengutip tujuh mata, sekali gus naik ke tangga ketujuh dalam carta kejuaraan dunia dengan 101 mata keseluruhan.
Sepanjang perlumbaan tersebut, pelumba kelahiran Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu itu memintas beberapa pelumba lain sehingga berada di kedudukan kelapan.
Bagaimanapun, dia kembali dipintas pelumba-pelumba lain sehingga terperosok ke kedudukan ke-14 sebelum melakukan kebangkitan dan melintasi garisan penamat di tempat kesembilan.
Sementara itu, gelaran GP Austria menjadi milik pelumba pasukan Aspar, Maximo Quiles yang berjaya menamatkan saingan menerusi catatan masa 33 minit 24.32 saat (s).
Mengiringi Quiles di podium adalah dua pelumba KTM Ajo, Brian Uriarte dan Alvaro Carpe yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga. – KOSMO! ONLINE
The post Moto3: Danish kutip tujuh mata di Austria appeared first on Kosmo Online.
