Auto Added by WPeMatico
Penjawat awam berisiko hadapi kesihatan mental

![]()
KUALA LUMPUR: Seramai 55,169 penjawat awam dikenal pasti berada dalam kategori berisiko tinggi berkaitan kesejahteraan mental, termasuk mempunyai kecenderungan membunuh diri.
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr. Mohd Bakhari Ismail berkata, jumlah itu menunjukkan isu kesihatan mental dalam perkhidmatan awam perlu diberi perhatian serius dan ditangani menerusi pendekatan lebih menyeluruh.
Menurut beliau, kesejahteraan psikologi penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara perlu dilihat sebagai satu pelaburan strategik, bukan sekadar usaha menangani masalah selepas ia berlaku.
“Kesejahteraan psikologi merupakan antara faktor penting mempengaruhi kesejahteraan organisasi yang pada akhirnya mempengaruhi kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
The post Penjawat awam berisiko hadapi kesihatan mental appeared first on Utusan Malaysia.
