Auto Added by WPeMatico

![]()
SAUDARA PENGARANG,
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan pintu masuk utama negara dan menjadi antara lokasi pertama yang dilihat jutaan pelancong serta pelabur sebaik tiba di Malaysia.
Justeru, imej kawasan sekitarnya, termasuk bulatan utama menuju ke terminal, wajar diberi perhatian.
Pada pandangan saya, landskap bulatan KLIA masih boleh dipertingkatkan agar lebih menarik dan mencerminkan identiti Malaysia sebagai sebuah negara moden, indah serta kaya dengan warisan budaya.
Dengan penganjuran pelbagai acara bertaraf antarabangsa serta peningkatan jumlah pelancong ke negara ini, sudah tiba masanya kawasan tersebut diberikan sentuhan baharu.
Bulatan itu bukan sekadar persimpangan jalan, malah menjadi ‘wajah pertama’ yang membentuk tanggapan pengunjung terhadap Malaysia.
Antara penambahbaikan boleh dipertimbangkan ialah membina mercu tanda ikonik yang melambangkan identiti negara, memperindah landskap dengan bunga raya dan tumbuhan tempatan.
Selain itu, meletakkan lampu hiasan yang menarik pada waktu malam serta mewujudkan elemen seni yang mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia.
Usaha ini boleh dilaksanakan melalui kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, pengurusan lapangan terbang, kementerian berkaitan serta syarikat korporat menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Pemerhati
Sepang, Malaysia
The post Luahan Pembaca: Dekat dengan KLIA tetapi landskap ‘suram’ appeared first on Kosmo Digital.
