Auto Added by WPeMatico

SHAH ALAM – Tindakan seorang lelaki yang mahu meragut bukan saja gagal malah berjaya dicekup ketika cuba melakukannya di Jalan Setia Prima, Setia Alam di sini, semalam.
Suspek warga tempatan berusia 30 tahun itu diberkas orang awam selepas terjatuh dan cuba melarikan diri, kira-kira pukul 7.07 petang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian suspek menaiki motosikal Yamaha 135LC yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.
“Suspek dipercayai cuba meragut lelaki tempatan berusia 37 tahun namun gagal kerana mangsa melawan hingga menyebabkan dia terjatuh dan kemudian cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh orang awam yang membantu di lokasi kejadian,” katanya hari ini.
Menurutnya, polis turut merampas sebuah motosikal, anak kunci dan pakaian suspek ketika kejadian itu.
Tambahnya, siasatan lanjut mendapati suspek mengaku turut terlibat dalam dua kes ragut lain sebelum ini dan kini direman empat hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki dicekup meragut tepi jalan Setia Alam appeared first on Kosmo Digital.