Auto Added by WPeMatico

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki bertindak mengikat lalu menyeret seekor anjing menggunakan motosikal dalam kejadian di Bandar Puteri Jaya, di sini semalam.
Perbuatan lelaki itu bagaimanapun disedari pengguna jalan raya lain yang menahannya sebelum melepaskan haiwan tersebut.
Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu sempat dirakam seorang wanita yang kemudian memuat naik ke akaun Facebooknya dan anjing tersebut ditemukan dalam keadaan cedera pada kaki sebelum dibawa ke klinik untuk rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima laporan berhubung kejadian. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki ikat, seret anjing guna motosikal appeared first on Kosmo Digital.