Auto Added by WPeMatico

GERIK – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di kawasan Jeti Awam Kampung Pulau Belayar di sini semalam.
Difahamkan, mangsa, Azri Md Sharif, 53, pergi menjala ikan seorang diri di Sungai Perak dengan menaiki sebuah bot pada pukul 3.30 petang.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan lelaki itu pada pukul 11.03 malam.
Katanya, kehilangan mangsa disedari sekitar pukul 8.30 malam selepas penduduk kampung menjumpai barangan milik lelaki itu terapung di permukaan air dekat Jeti Awam Kampung Pulau Belayar.
“Selain itu, turut dijumpai bot milik mangsa yang ditemukan dalam keadaan separuh tenggelam.
“Penyelarasan operasi mencari dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, Pos Kawalan Bomba (PKB) diaktifkan di lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 7.18 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala ikan appeared first on Kosmo Digital.