Auto Added by WPeMatico

![]()
PORT DICKSON – Pencari udang yang diseret buaya ke dalam Sungai Linggi, di Kampung Tanjung Agas, di sini, awal pagi tadi berjaya menyelamatkan diri selepas berpaut di batu besar.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, mangsa berusia 62 tahun dipercayai keluar menjala ikan seorang diri di kawasan berkenaan pada waktu malam.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika mangsa berada di tepi sungai sebelum diserang seekor buaya yang menerkam bahagian kaki kiri mangsa dan menyeretnya ke dalam sungai.
“Mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri selepas berpaut pada sebuah batu besar. Mangsa kemudian berjaya naik ke tebing dan mendapatkan bantuan ahli keluarganya sebelum di bawa ke hospital.
“Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan termasuk patah jari kaki kiri, patah buku lali kiri serta beberapa luka pada kedua-dua belah kaki. Mangsa kini sedang menerima rawatan dan dijadual menjalani pembedahan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini
Terdahulu, media melaporkan Jaafa Hasan, 62, yang merupakan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tanjung Agas cedera di pada dan kaki digigit buaya ketika menjala ikan. – KOSMO! ONLINE
The post Buaya terkam kaki kiri, heret mangsa masuk sungai appeared first on Kosmo Digital.
