Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Puchong, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 pada pukul 8.06 pagi daripada isteri mangsa.
“Mangsa ditemui dalam keadaan duduk serta lengkap berpakaian di tempat duduk pemandu keretanya yang diletakkan di kawasan parkir kondominium.
“Pemeriksaan tubuh badan mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk proses bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki ditemui tidak bernyawa dalam kereta di parkir kondo appeared first on Kosmo Digital.