Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Suami tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menghalang isteri daripada berjumpa dengan keluarga, terutama apabila mereka datang ke rumah.
Menerusi satu video yang dikongsi di TikTok, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa perbuatan menghalang isteri daripada bertemu keluarga adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
“Suami tidak boleh menggunakan kuasa mutlak untuk menghalang isteri terutama sekiranya isteri berdepan keadaan darurat seperti kecederaan atau keperluan mendapatkan rawatan.
“Kalau ibu bapa mertua ingin berjumpa isteri dan suami tidak mengizinkan, malah menghalangnya. Maka, suami itu berdosa,” ujarnya.
Tambahnya, larangan keluar rumah tanpa izin yang dimaksudkan adalah untuk urusan tidak penting, seperti keluar ke rumah kawan atau bersiar-siar.
“Namun bagi urusan melibatkan ibu bapa dan keluarga terdekat, suami tidak boleh menggunakan kuasa mutlak untuk menghalang kerana isteri masih berhak untuk berjumpa keluarga,” tambahnya.
Tinjauan Kosmo! mendapati ramai bersetuju dan berharap suami tidak menggunakan kuasa mutlak untuk menghalang terutama dalam menjaga hubungan antara keluarga.
“Sayang lelaki pun tak bertempat. Nak taat kepada suami pun jangan layan ibu bapa seperti itu,” komen @Syhaiiniie
“Dalam kursus kahwin pun ada terangkan supaya taat, namun, jangan sampai memudaratkan diri,” kata Qaseh Irdina.
“Ramai yang tak faham perkara ini. Kadang isteri sampai ke sudah tak berjumpa dengan keluarga sehingga ahli keluarga meninggal sebab suami tak izinkan,” komen @AnnaSayo –KOSMO! ONLINE
The post Suami berdosa larang isteri jumpa keluarga appeared first on Kosmo Digital.