Auto Added by WPeMatico

![]()
HULU SELANGOR – Seorang guru wanita ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai menggantung diri di sebuah sekolah di daerah ini, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan, M. Manimaran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melalui talian MERS 999 kira-kira pukul 7.15 pagi.
Menurutnga, mangsa yang merupakan seorang guru telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan.
“Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menggantung diri di bilik guru yang terletak di tingkat satu sekolah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh semalam mengesahkan punca kematian adalah akibat gantung.
Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan proses siasatan kes.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-6064 1222, atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Halim Khan Hazam Khan di Balai Polis Kerling di talian 03-6048 1222. – KOSMO! ONLINE
The post Guru wanita ditemui tidak bernyawa di sekolah appeared first on Kosmo Digital.
