Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia menunjukkan seorang wanita ditegur kerana mengaji sambil menggunakan mikrofon sebuah masjid pada waktu malam.
Kejadian dipercayai berlaku di Madiun, wilayah Jawa Timur, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kajimbonang menunjukkan perakam menegur seorang wanita yang sedang mengaji menggunakan mikrofon dan pembesar suara masjid.
Selain mengaji pada waktu malam, teguran dibuat kerana dia didakwa mengganggu ketenangan warga setempat.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kalau ada adab, tegur sahaja. Tidak perlu merakam video,” kata seorang netizen.
“Dengar dangdut sampai pagi boleh pula?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Wanita ditegur, mengaji pakai mikrofon masjid appeared first on Kosmo Digital.
