Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Berang dihon menyebabkan seorang lelaki bertindak agresif dengan menetak penunggang motosikal menggunakan pisau di laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan berdekatan Seksyen 13 di sini, hari ini.
Kejadian tular kira-kira pukul 7 pagi itu menimpa mangsa lelaki berusia 45 tahun yang sedang menuju ke tempat kerja di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 8.19 pagi berhubung insiden berkenaan.
Menurutnya, mangsa yang bermotosikal membunyikan hon kepada suspek berusia 43 tahun kerana menghalang laluan.
“Suspek yang turut menunggang motosikal tidak berpuas hati kemudian berhenti di tepi jalan lalu menetak mangsa dengan pisau pemotong daging.
“Mangsa yang cedera di kepala dan tangan dihantar ke Hospital Shah Alam bagi rawatan lanjut dan dilaporkan stabil,” katanya petang ini.
Tambah Sarudin, suspek ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Amirul Zulkifli di talian 012-5583436 atau balai polis berdekatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Tetak penunggang motosikal sebab berang dihon appeared first on Kosmo Digital.
