Auto Added by WPeMatico

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memutuskan untuk menuduh beberapa suspek yang terlibat dalam kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Dalam kenyataannya hari ini, AGC menegaskan keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan menggangu proses inkues yang akan berjalan.
“Jabatan ini menegaskan bahawa walaupun keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli dibuat, namun keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah,” kata kenyataan itu.
Semalam Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah telah membuat permohonan kepada Mahkamah Koroner Kota Kinabalu agar suatu inkues diadakan berhubung kes kematian Zara Qairina.
AGC) dalam satu kenyataannya menyatakan prosiding inkues itu selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta593)
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar itu meninggal dunia 17 Julai lalu selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama kira-kira pukul 3 pagi dan mengalami kecederaan parah sebelum dibawa ke hospital oleh pihak sekolah. – KOSMO! ONLINE
The post Beberapa suspek kes buli Zara Qairina akan dituduh – AGC appeared first on Kosmo Digital.