Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Aku nak pesan ni, kalau nampak orang tengah rakam diri sendiri, kau diam je. Orang sekarang banyak kerja depan kamera.”
Itu luahan seorang wanita, menggesa orang ramai supaya tidak membuat andaian atau memandang serong terhadap individu yang sedang merakam video di tempat awam.
Menurut wanita berkenaan di media sosial, orang ramai tidak perlu memandang sinis berikutan sudut kamera sudah ditetapkan supaya tidak merakam individu yang tidak dikenali.
“Tak payah pandang kerek, kau tenang je. Aku tahu setkan kamera supaya tak termasuk ‘kau’ atau orang asing dalam video aku. Aku pun tak ingin. Depan aku kau muncungkan mulut sambil mengadu dekat orang sebelah.
“Nak je aku tunjukkan galeri telefon aku dekat kau. Orang pandang aku tak kisah, yang aku kisah muka (kau) macam aku buat salah besar. Geram aku,” katanya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ada yang bersetuju bahawa merakam kandungan kini menjadi sebahagian daripada tuntutan kerja, khususnya bagi pencipta kandungan dan usahawan dalam talian.
“Saya pergi bersenam dekat taman, kebanyakan warga pencen tapi dia orang rileks je tengok saya pacak telefon merata. Malulah kalau orang berumur pun faham,” celah seorang pengguna.
“Takkan tak faham lagi zaman sekarang orang fokus diri sendiri je, tak ada masa nak rakam-rakam orang lain,” kata @Mighah_aziz.
“Tapi rakam video buat semak gaya kat tempat awam memang tak biasa dibuat orang dan bukan budaya kita. Sebab tu orang tengok,” ujar pengguna lain.
“Orang yang kerja rakam-rakam ni hati (kena) kental. Jadi, setakat muncung-muncung dan cakap belakang tu perkara kecil rasanya,” komen @Azalinajohari. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Kalau kau nampak orang tengah rakam video, diam je’ appeared first on Kosmo Digital.
