Auto Added by WPeMatico

MOSCOW – Sebuah gunung berapi di timur Russia meletus buat pertama kali dalam tempoh lebih 500 tahun, dipercayai berpunca daripada gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 minggu lalu, lapor agensi berita United Press International semalam.
Gunung berapi Krasheninnikov terletak di Semenanjung Kamchatka. Ia memuntahkan abu setinggi 5.95 kilometer ke udara semalaman.
Letusan berlaku sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan) semalam apabila kakitangan sedang memerhatikan gas dan wap yang dimuntahkan dari kawah Krasheninnikov, kata pegawai dalam satu kenyataan di media sosial.
Letusan terakhir direkodkan pada abad ke-15, demikian menurut Pasukan Tindak Balas Letusan Gunung Berapi Kamchatka.
Pihak berkuasa menggesa penduduk berhampiran dan kakitangan pemantau untuk berpindah meskipun tiada ancaman kepada kawasan berpenduduk.
Tiada kematian dilaporkan. – AGENSI
The post Gunung berapi Krasheninnikov meletus selepas lebih 500 tahun appeared first on Kosmo Digital.