Auto Added by WPeMatico

![]()
MARANG – Pas telah mempersembahkan seorang calon daripada parti tersebut kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi dipertimbangkan sebagai Menteri Besar baharu menggantikan Mohd. Shukri Ramli yang telah meletak jawatan semalam.
Begitupun, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang enggan mendedahkan nama ADUN Pas terbabit yang telah dicalonkan.
“Pas mempunyai enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perlis dan kami telah mengemukakan calon yang difikirkan layak. Keputusan seterusnya (pelantikan Menteri Besar baharu) terpulang kepada Raja (Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail),” katanya pada sidang akhbar di Rusila, di sini, hari ini.
Semalam, Mohd. Shukri telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan. – KOSMO! ONLINE
The post Pas persembah calon Menteri Besar baharu kepada Raja Perlis appeared first on Kosmo Digital.