Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Satu kejadian tragis melibatkan pengabaian haiwan yang serius terbongkar selepas seekor anjing dan seekor kucing ditemui mati di dalam sangkar di sebuah klinik haiwan di Damansara Damai.
Menerusi perkongsian Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), perkara itu dimaklumkan kepada pihaknya oleh bekas kakitangan klinik berkenaan.
“Satu laporan polis telah dibuat Sabtu lalu oleh bekas kakitangan klinik tersebut, dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) juga telah dimaklumkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, di sini hari ini.
SAFM berkata, kakitangan dan pengurusan klinik mesti bertanggungjawab atas pengabaian besar tersebut yang melanggar undang-undang dan etika diamanahkan kepada mereka.
“SAFM menyeru siasatan menyeluruh oleh DVS dan Polis Diraja Malaysia di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).
“Tindakan kejam ini tidak boleh dibiarkan. Mereka yang terlibat mesti bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Klinik haiwan biar kucing, anjing mati kelaparan dalam sangkar appeared first on Kosmo Digital.