Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) saran mangsa penipuan pakej haji untuk mengemukan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi menuntut pampasan sewajarnya.
Timbalan Menterinya, Dr. Fuziah Salleh berkata, setakat ini kementerian tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung kes berkenaan.
Katanya, mangsa yang terkesan boleh membuat laporan atau aduan di mana-mana cawangan KPDN seluruh negara atau secara dalam talian.
“Mungkin pengguna tidak tahu hak mereka. Melalui TTPM, pengadu boleh membuat tuntutan sehingga RM50,000.
“Mereka ingat buat laporan polis (sahaja) cukup, tetapi mereka juga kita saran agar melaporkannya kepada TTPM,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Kepenguatkuasaan dan Advokasi Penggunaan, di sini hari ini.
Menurut Fuziah, TTPM akan membuat penilaian secara terperinici termasuk jumlah bayaran yang dibuat, janji yang ditawarkan serta perkhidmatan yang sebenarnya diterima pengguna.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak teragak-agak membuat aduan sekiranya berdepan sebarang kes yang menjejaskan hak mereka.-KOSMO! ONLINE
The post KPDN gesa mangsa tipu haji buat aduan ke TTPM appeared first on Kosmo Digital.