Auto Added by WPeMatico

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa berkata, pekerja yang memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson merupakan orang kurang upaya (OKU).
Ken Hwa berkata, ekoran itu, perkara tersebut tidak perlu lagi diperbesarkan dan pada hari kejadian, beliau menyelaras antara ahli Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan pihak sekolah itu.
“Mohon mencelah sedikit, sedikit boleh, saya yang turun sendiri ketika berlaku, hal ini berlaku sebab pihak guru besar libatkan seorang pekerja. Pekerja ni OKU akal (mental) kurang sikit, dia OKU.
“Dia yang pergi pasang sekitar sana. Dia pakai bendera yang lama, dia pasang pun balik. Selepas dimaklumkan orang ramai benda (bendera) itu telah diturunkan. Ia bukan disengajakan.
“Saya rasa ni satu kesilapan yang sedikit dan saya rasa boleh dimaafkan. Datuk Yang Dipertua (Yang Dipertua DUN, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman) saya harap isu ini tidak diviralkan lagi sebab saya sendiri yang turun pergi selaraskan isu ini,” katanya.
Beliau berkata pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15 di sini hari ini.
Semalam, Kosmo! melaporkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat melalui satu kenyataan yang dikongsikan Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru. – Kosmo! ONLINE
The post Pekerja pasang bendera terbalik lelaki OKU appeared first on Kosmo Digital.