Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – “Letih dengan family (keluarga) yang mindset (pemikiran) kampung ni. Sikit-sikit kena utamakan suami, suami, suami, suami.”
Itu antara luahan seorang wanita mengenai cara pemikiran sesetengah keluarga yang terlalu mengagungkan para suami secara membuta tuli.
Wanita itu berkata, dia tidak akan menjadi sebahagian daripada golongan berkenaan yang setia kepada lelaki pemalas dan suka mengongkong kerana mempunyai kehidupannya sendiri.
“Bil kereta, elektrik, pakaian pun 50/50, apatah lagi nak tolong dekat dapur. Kemas rumah pun jarang-jarang, basuh baju dan sidai baju pun berapa kali ja.
“Kau orang suka ya jadi ‘hamba’ dekat suami? Kena ‘control’ (kawal), tak boleh itu ini, teruskan jadi begitu. Aku tak nak sebab aku ada ‘life’ aku,” katanya di media sosial.
Luahan wanita itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai malah ada juga kaum lelaki yang bersetuju dengan kenyataannya.
“Saya sebagai lelaki, sokong. Rasanya tugas memasak, mengemas, basuh baju tu semua tugas suami, bukan isteri. Sudah lah 50/50 pula tu semua bil. Tapi sebagai isteri kenalah taat untuk mendapat pahala,” komen seorang lelaki.
“Tak boleh nak salahkan pemilik akaun ni 100 peratus . Tak dinafikan ramai lelaki tak guna di luar sana yang hanya baik sebelum kahwin. Dah kahwin, warna sebenar keluar. Kasihan kaum wanita,” kata seorang netizen.
“Tak payah kahwin. Duduk ja seorang sampai akhir usia. Nak suami buat macan-macam, kena la jadi macam-macam untuk dia juga, baru adil,” ujar netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Letih dengan family yang mindset kampung ni’ appeared first on Kosmo Digital.