Auto Added by WPeMatico

![]()
NILAI – Empat lelaki warga asing ditahan selepas polis membongkar kegiatan pusat panggilan penipuan dalam talian yang beroperasi dari tiga buah premis kediaman di sekitar Nilai, dalam serbuan kelmarin.
Serbuan itu dibuat susulan maklumat berkaitan aktiviti penipuan jual beli dalam talian dan love scam yang menyasarkan mangsa warga tempatan serta luar negara, termasuk Thailand, melalui aplikasi Facebook dan Tinder.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, kesemua suspek yang ditahan dipercayai bertindak sebagai pegawai khidmat pelanggan bagi sindiket berkenaan.
“Hasil pemeriksaan terhadap komputer riba dan telefon bimbit yang dirampas mendapati suspek, masing-masing dikenali sebagai (B1), (B2), (B3) dan (B4), menggunakan pelbagai akaun media sosial palsu untuk menjalankan penipuan jual beli telefon bimbit dan komputer riba serta love scam,” katanya kepada pemberita di sini.
Menurutnya, kesemua suspek mengaku telah terlibat dalam kegiatan penipuan tersebut sejak Februari 2024 sehingga kini dan siasatan awal mendapati mereka beralih kepada penipuan jual beli dalam talian kerana kesukaran mendapatkan mangsa melalui modus operandi love scam.
“Semakan lanjut terhadap dokumen perjalanan mendapati pasport milik (B3) tidak mempunyai cop keluar dan masuk ke Malaysia, manakala pasport (B2) telah tamat tempoh. Sementara itu, (B1) dan (B4) gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya. – KOSMO! ONINE
The post Empat warga asing sindiket ‘scammer’ ditahan appeared first on Kosmo Digital.