Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan reman dua pemilik syarikat di Sarawak berkaitan menguruskan permohonan mendapatkan lot tanah daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.
Menurut sumber, dua pemilik syarikat itu disyaki meminta dan menerima rasuah melebihi RM800,000 daripada seorang individu.
Menurutnya, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 8 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sarawak.
Perintah reman selama enam hari sehingga 11 Ogos ini terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Ling Hui Chuan selepas permohonan dibuat pihak SPRM di Mahkamah Majistret 2 Kuching, hari ini.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat meminta dan menerima wang rasuah sebagai dorongan untuk membantu menguruskan permohonan mendapatkan lot tanah di daerah Kuching bagi tujuan pembangunan komersial sedangkan permohonan tersebut tidak pernah wujud.
“Kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar tahun 2020 hingga 2021,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.- KOSMO! ONLINE
The post Dua pemilik syarikat direman enam hari terima rasuah lebih RM800,000 appeared first on Kosmo Digital.