Auto Added by WPeMatico

TRIPOLI – Sekurang-kurangnya 50 orang terkorban selepas sebuah kapal membawa 75 pelarian Sudan terbakar dekat pantai Libya Ahad lalu, demikian menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) semalam seperti laporan saluran berita Al Jazeera.
Agensi penghijrahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, pihaknya menyediakan sokongan perubatan kepada 24 mangsa terselamat.
“IOM amat sedih dengan kehilangan tragis nyawa pelarian pada 14 September 2025. Sekurang-kurangnya 50 nyawa terkorban,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
“Tindakan segera diperlukan untuk menamatkan tragedi seperti ini di laut,” kata IOM Libya dalam hantaran di platform X.
Bulan lalu, sekurang-kurangnya 68 pelarian dan pendatang asing maut, manakala berpuluh-puluh orang hilang selepas sebuah bot membawa pencari suaka terbalik di luar pantai Yemen, kata IOM.
Tambahnya, sekurang-kurangnya 2,452 pendatang asing atau pelarian sama ada mati atau hilang di Laut Mediterranean sepanjang tahun lalu, menjadikannya salah satu laluan paling berbahaya bagi pelarian.
Libya yang menempatkan kira-kira 867,055 pendatang, menjadi laluan transit utama bagi pendatang atau pelarian yang mahu melarikan diri ke Eropah sejak kejatuhan pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi pada 2011.
Sehingga Februari tahun ini, terdapat kira-kira 867,055 pendatang asing dari 44 negara yang menetap di Libya, demikian menurut data IOM. – AGENSI
The post Kapal bawa pelarian terbakar, 50 hilang nyawa appeared first on Kosmo Digital.