Auto Added by WPeMatico
Jom lawan kartel – Hannah

![]()
PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh memuat naik rakaman video majlis menandatangani Surat Persefahaman (LoU) antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) di laman media sosial beliau hari ini.
Rakaman video majlis menandatangani LoU yang berlangsung pada 29 Januari lalu tersebut di muat naik di laman media sosial rasmi beliau dengan kapsyen jom lawan kartel.
“Jom lawan kartel. Kami jemput MyCC masuk agensi wilayah persekutuan untuk kenal pasti kartel. Persaingan sihat menguntungkan rakyat,” katanya.
Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini menggesa UMNO membantah pilihan raya jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Dakwa beliau, pilihan raya itu akan menyebabkan Kuala Lumpur bukan saja dikuasai oleh parti politik dan sentimen perkauman, tetapi kartel dan gengster.
“KL banyak pusat hiburan, pub, kelab malam, pusat urut dan kegiatan tidak bermoral. Banyak aktiviti ‘underworld’, kartel dan gengster.
“Bayangkan KL gengster guna duit dan rangkaian mereka untuk sokong calon tertentu. Pejabat Datuk Bandar tidak lagi bebas,” dakwa Mohd. Puad.
Semalam, Hannah memaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan kementeriannya menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi meneliti kemungkinan pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai sebahagian usaha memperkukuh tadbir urus bandar raya itu.
Berdasarkan laporan sebuah portal berita, beliau dipetik berkata, pendekatan memilih Datuk Bandar melalui pilihan raya dilihat lebih praktikal berbanding mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan yang melibatkan pemilihan ramai ahli majlis bandar raya. – KOSMO! ONLINE
The post Jom lawan kartel – Hannah appeared first on Kosmo Digital.