Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang motosikal berlesen L yang didakwa melanggar lampu isyarat merah di hadapan sebuah sekolah mengundang kemarahan orang ramai sehingga menyebabkan tindakan beramai-ramai membuat laporan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kejadian yang didakwa berlaku di hadapan SK Seri Budiman pada pukul 3.50 petang semalam itu tular selepas pengguna Threads, @Wan_muliani, berkongsi rakaman video memaparkan motosikal berkenaan dipercayai meneruskan perjalanan walaupun lampu isyarat merah dan kenderaan lain berhenti memberi laluan kepada murid melintas.
“Saya sedang merakam anak pulang dari sekolah, tiba-tiba ada sebuah motosikal meluru laju walaupun lampu isyarat merah. Semua penunggang motosikal lain berhenti. Penunggang itu masih berlesen L. Mohon pihak berkaitan ambil perhatian terhadap motosikal berkenaan,” katanya.
Ruangan komen pula dibanjiri pengguna media sosial yang memuat naik tangkap layar menunjukkan mereka telah menghantar aduan kepada JPJ melalui aplikasi MyJPJ.
“Saya sudah membuat laporan. Semoga lesen individu terbabit ditarik sebagai pengajaran,” kata @Chaaaachaaaaaaa_.
“Laporan telah dihantar. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua pengguna jalan raya,” ujar @Ainulsenan
Sementara itu, @Farid_nor85 menggesa JPJ mengambil tindakan tegas terhadap penunggang berkenaan.
“Batalkan lesen dia, orang seperti ini akan membawa banyak masalah kepada masyarakat,” ujarnya.
Seorang lagi pengguna, @Nasrullahazli, menggalakkan orang ramai membuat aduan menerusi aplikasi MyJPJ kerana butiran kejadian telah dikongsikan secara lengkap.
“Terus buat laporan melalui aplikasi MyJPJ kerana semua butiran kejadian telah disertakan,”katanya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Orang ramai berpakat lapor penunggang L langgar lampu merah appeared first on Kosmo Digital.
