Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) melantik sebanyak 31 syarikat pelancongan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen bagi Musim Haji 1447H/2026M.
Ketua Jabatan Haji, Mohd. Hisyam Harun berkata, pelantikan itu dibuat selepas penilaian teliti terhadap 60 permohonan lesen yang diterima oleh Jawatankuasa Urusan Haji.
“Sebanyak 31 syarikat diluluskan bagi musim 1447H/2026M berbanding 37 syarikat PJH pada musim lalu. Pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan TH dalam memastikan PJH beroperasi mengikut piawaian, garis panduan dan syarat yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menegaskan supaya orang ramai berhati-hati terhadap tawaran pakej haji tidak berlesen dan disaran untuk menyemak senarai rasmi PJH menerusi portal rasmi TH.
“TH menegaskan bahawa sebarang tawaran haji oleh pihak tidak berlesen adalah menyalahi Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dianggap sebagai penipuan,” tegasnya.
Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau agensi yang terlibat dan umat Islam yang berhasrat menunaikan haji diminta untuk berurusan dengan PJH yang sah dan berlesen. – KOSMO! ONLINE
The post TH lantik 31 syarikat sebagai pengelola jemaah haji musim 2026 appeared first on Kosmo Digital.