Auto Added by WPeMatico

![]()
ENAM tahun menjalin cinta, bintang popular Korea Selatan, Taecyeon mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan yang bukan dalam kalangan selebriti.
Berita gembira itu disampaikan semalam menerusi satu nota kepada peminat selepas beberapa bulan melamar kekasihnya di hadapan Eiffel Tower di Paris, Perancis Februari lalu.
“Hello. Ini OK Taecyeon dari 2PM. Saya memutuskan untuk menulis dan berkongsi berita gembira ini dengan peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan buat saya.
“Sudah 19 tahun berlalu sejak saya debut dan saya berada di sini kerana anda semua. Sebab itu saya rasa anda berhak menjadi yang pertama tahu berita ini.
“Saya sudah berjanji menghabiskan hidup bersama wanita yang memahami dan dipercayai sejak sekian lama. Kini kami mahu hidup bersama dan sentiasa berada di sisi masing-masing (berkahwin),” tulisnya seperti dilaporkan AllKpop.
Menerusi surat tersebut, Taecyeon juga berjanji untuk menjadi anak seni yang lebih baik selepas berkahwin kerana sokongan peminat.
Terdahulu, anggota kumpulan 2PM itu mendedahkan menjalin hubungan cinta sejak tahun 2020. Meskipun tidak mendedahkan identiti kekasihnya, pasangan terbabit sudah sedia mendirikan rumah tangga sekitar musim bunga ini. Difahamkan, wanita yang mencuri hati selebriti kesayangan ramai itu merupakan seorang pekerja swasa berusia 33 tahun. – KOSMO! ONLINE
The post Lamar kekasih bersaksikan Eiffel Tower, kahwin tahun depan appeared first on Kosmo Digital.