Auto Added by WPeMatico

JERANTUT – Impian seorang pelajar, Muhammad Aidil Izzuddin Akhbar Nizam, 19, untuk memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mungkin musnah apabila dia tidak mampu membayar yuran pendaftaran kemasukan pada 27 September ini.
Ibunya, Fazziah Abdullah, 47, berkata, mereka setakat ini tidak mampu menyediakan yuran pendaftaran sebanyak RM1,200 kepada pihak universiti seminggu sebelum kemasukan akibat masalah kewangan.
Dia juga buntu untuk menyediakan wang bagi pembelian kelengkapan memasuki universiti seperti beg, pakaian, kasut dan komputer riba.
Katanya, suaminya, Akhbar Nizam Hamzah tidak lagi mempunyai pendapatan dan wang simpanan juga habis selepas diserang penyakit angin ahmar sejak enam tahun lalu.
“Tanggungjawab sebagai ketua keluarga saya pikul selepas suami terpaksa berhenti kerja. Suami juga hidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan asma.
“Saya menjual kuih yang dihantar ke kedai-kedai makan dengan pendapatan hanya RM30 hingga RM40 sehari,” katanya di Felda Kota Gelanggi 2 di sini semalam.
Ibu kepada empat anak lelaki berusia antara tujuh hingga 21 tahun itu berkata, hasil pendapatan jualan kuih itu dibelanjakan untuk keperluan dapur, persekolahan anak, modal berniaga dan membiayai rawatan suami.
“Setelah anak memperoleh surat tawaran belajar, perkara utama yang saya fikirkan iaitu yuran pendaftaran dan persiapannya. Saya kini buntu untuk mendapatkan bantuan selepas pelbagai usaha dilakukan,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Fazziah di talian O11-1283 4047 atau Muhammad Aidil Izzuddin (013-382 3701).
The post Impian ke UKM kelam selepas bapa kena strok appeared first on Kosmo Digital.