Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – “CEO ni dah diambil stranger (orang tidak dikenali).. warga HTJ berduka.”
Itu antara hebahan yang dibuat seorang individu susulan kehilangan seekor kucing di betina di bawah jagaan warga kerja Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), baru-baru ini.
Menerusi perkongsian salah seorang kakitangan di hospital tersebut, kucing yang diberi nama Leha itu kali terakhir dilihat oleh staf di Jabatan Rekod HTJ di sekitar hospital tersebut.
“Awal bulan Ogos hari tu (hilang). Lokasi yang diambil tidak pasti (dalam Hospital juga), tapi terakhir staf Jabatan Rekod nampak kereta Alza berwarna putih ambil dia.
“Kami masih tidak boleh terima kehilangan dia,” luah @MynameisMidaHaeSeeYo di ruangan komen pada sebuah hantaran di media sosial.
Hebahan yang dibuat oleh individu yang menggunakan profil @Beyllanabella27 itu mengundang rasa kurang senang orang ramai dengan tindakan pihak yang ‘menculik’ Leha.
“Walaupun dalan kawasan hospital, tapi kalau kita terjumpa kucing bersih, ada kolar lagi dan jinak maksudnya ada la yang bela, bagi makan. Tak sepatutnya kita ambik macam tu aje,” kata @kaitowife.
“Kami tak boleh terima kehilangan dia.. ke mana saya pergi mesti dia ikut. Dia peneman setia kalau nampak saya, kucing yang sangat bijak. Mana ya awak Leha,” ujar seorang lagi kakitangan HTJ.
“Kucing ni dah lama duduk dekat kecemasan HTJ. Harap ada yang pulangkan kalau terambil,” pesan @shahrulbohari. – KOSMO! ONLINE
@beyllanabella27 Replying to @Ain Mart JIKA ADA TERNAMPAK ATAU TERAMBIL MOHON PULANGKAN SEGERA PIHAK EMERGENCY HTJ SEREMBAN.. #viralkan #hjtseremban #emergency #hospitalseremban #lehaserembanhjt ♬ suara asli – Save_Kucing_Jalanan
The post [VIDEO] ‘CEO kena culik, warga HTJ Seremban sedang berduka’ appeared first on Kosmo Digital.