
JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia terkejut apabila bibirnya tiba-tiba bengkak sehari sebelum majlis perkahwinannya berlangsung, lapor portal berita NTV News.
Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @smg.feed menunjukkan bibir wanita itu membesar dan mungil seperti selepas menjalani prosedur suntikan.
Meskipun cemas, dia dengan santai menjelaskan kejadian itu sambil meneruskan persiapan untuk berkahwin pada keesokan harinya.
“Esok kahwin, bibir tiba-tiba bengkak. Saya tidak tahu kenapa,” kata wanita itu sambil ketawa.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kiriman terakhir bekas teman lelaki,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI
The post Biar bibir bengkak, nikah tetap nikah appeared first on Kosmo Digital.