Auto Added by WPeMatico

LONDON – Pasukan Liverpool terpaksa mengharapkan gol masa kecederaan untuk menang 1-0 ke atas pendatang baharu, Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.
Pada aksi di Stadium Turf Moor itu, skuad The Reds ‘bermandi peluh’ sepanjang 90 minit perlawanan untuk melakar kemenangan ke atas pasukan tuan rumah yang beraksi dengan 10 pemain
Burnley dilihat bermula garang apabila berjaya mengekang asakan Liverpool selain melakukan serangan balas pantas ke kubu lawan.
Peluang terbaik skuad kendalian Arne Slot itu pada babak pertama hadir menerusi Andy Robertson dan Hugo Ekitike tetapi gagal menerjah jaring.
Nasib memihak kepada Liverpool pada minit ke-84 selepas Lesley Ogochukwu dilayangkan kad kuning kedua sekali gus menyaksikan The Clarets beraksi dengan 10 pemain.
Kelebihan tersebut digunakan sebaik mungkin untuk menggandakan tekanan sebelum dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil pada masa kecederaan.
Seperti dijangka, Mohamed Salah tidak mempunyai masalah untuk meledak gol kemenangan dengan keputusan kekal hingga wisel penamat.
Keputusan tersebut menyaksikan Liverpool kekal dengan rekod bersih pada saingan EPL musim ini selepas mengutip 12 mata. – KOSMO! ONLINE
The post Liverpool kekal status pendahulu EPL appeared first on Kosmo Digital.