Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Perdana Menteri menzahirkan ucapan tahniah kepada Lee Jae-myung atas kemenangan dalam pilihan raya dan pelantikan sebagai Presiden Korea Selatan yang baharu.
Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan Lee itu sebagai satu titik perubahan penting bagi Korea Selatan.
Ini kerana menurutnya, Korea Selatan telah bangkit daripada tempoh persaingan politik yang sengit dan penelitian awam dengan semangat ketabahan serta komitmen terhadap nilai-nilai demokrasi.
“Rakyat Korea telah bersuara demi pembaharuan dalam memperkukuh kepercayaan, institusi, dan hala tuju negara,” katanya.
Anwar turut menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Presiden Lee bagi memperdalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan, khususnya dalam bidang perdagangan, teknologi, keamanan, dan hubungan antara rakyat dengan rakyat.
Jelasnya, hubungan Malaysia dengan Korea Selatan telah dipertingkatkan ke tahap Strategic Partnership pada November 2024 iaitu satu pencapaian penting yang mencerminkan cita-cita bersama kedua-dua negara.
“Malaysia berharap ASEAN akan memainkan peranan yang lebih besar dalam dasar serantau Seoul.
“Sebagai Pengerusi ASEAN dan APEC pada tahun 2025, Malaysia dan Korea Selatan berada pada kedudukan terbaik untuk memacu inisiatif serantau yang berimpak tinggi,”tambahnya.
Anwar turut menyatakan beliau menantikan pertemuan bersama Presiden Lee di Kuala Lumpur pada Oktober ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN, dan sekali lagi di Gyeongju untuk Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC.
XMalaysia mendoakan semoga Presiden Lee diberi kebijaksanaan dan kejayaan dalam memikul amanah ini,” ujar Anwar.-KOSMO! ONLINE
The post Anwar ucap tahniah kepada Presiden baharu Korea Selatan appeared first on Kosmo Digital.