Auto Added by WPeMatico

![]()
NILAI – Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) memberi kerjasama sepenuhnya ketika kilang tempat mereka diserbu di sekitar daerah ini semalam.
Serbuan selama empat jam bermula pukul 9 pagi itu dapat menahan 46 PATI berusia antara 18 hingga 43 tahun atas pelbagai kesalahan imigresen.
Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, operasi penguatkuasaan tersebut dijalankan susulan aduan awam berhubung kehadiran PATI yang disyaki tidak memiliki pas serta dokumen pengenalan diri yang sah.
“Sepanjang operasi dijalankan, keadaan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan semua pihak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penguat kuasa. Mereka kini ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
The post PATI ikut arahan ketika diserbu appeared first on Kosmo Digital.