Auto Added by WPeMatico

![]()
JASIN – Seorang lelaki berpura-pura mahu membeli sebotol air mineral sebelum melakukan samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka di Taman Maju, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, semakan rakaman televisyen litar tertutup mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 8.10 malam apabila suspek dilihat memasuki premis berkenaan dengan memakai seluar dan baju hud berwarna hitam.
Katanya, suspek kemudian mengambil sebotol air mineral dari peti sejuk dan menuju ke kaunter pembayaran sebelum tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau lalu mengacukannya kepada juruwang berusia 40 tahun.
“Suspek mengambil wang tunai RM60 daripada peti kaunter, sebuah telefon bimbit jenis Realme berwarna ungu serta sebuah beg sandang milik mangsa.
“Beg berkenaan mengandungi wang tunai RM300, kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM Agro Bank serta kunci rumah dan motosikal,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Tambahnya, suspek kemudian melarikan diri bersama seorang lagi rakannya yang menunggu di luar premis dengan menaiki sebuah motosikal Yamaha Y15ZR berwarna biru putih.
“Anggaran keseluruhan kerugian akibat kejadian ini adalah kira-kira RM1,200.
“Pemeriksaan forensik telah berjaya menimbulkan tiga kesan cap jari pada besi pemegang pintu kaca hadapan premis serta bingkai pintu peti sejuk bahagian dalam. Kesan cap jari telah dihantar ke D2 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi tujuan perbandingan,” ujarnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun keseksaan. – KOSMO! ONLINE
The post Pura-pura beli air mineral sebelum samun kedai serbaneka appeared first on Kosmo Digital.
