Auto Added by WPeMatico

SHAH ALAM – Polis memperketatkan kawalan keselamatan terhadap bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan keluarganya susulan serangan terhadap anaknya berusia 12 tahun, semalam.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar namun enggan mendedahkannya secara lanjut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Ada, tetapi saya tidak boleh didedahkanlah nanti orang tahu sekuriti itu buat apa.
“Itu dibawah kawalan pihak polis,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, seramai enam individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan tersebut.
Ujarnya, ini melibatkan Rafizi dan isterinya serta anaknya di samping individu-individu lain.
“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 352 dan 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Polis ketatkan kawalan keselamatan Rafizi dan keluarga appeared first on Kosmo Digital.