Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati agar semua pihak membatalkan perhimpunan barkait isu Jalur Gemilang yang dijangka diadakan di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, PDRM memandang serius setiap isu yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
“Demi memastikan keselamatan masyarakat setempat terpelihara, PDRM menasihati agar semua pihak terlibat membatalkan perhimpunan yang dimaksudkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Khalid berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan berkaitan isu pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik yang tular di media sosial.
Menurutnya, sebanyak 38 laporan telah diterima di seluruh negara melibatkan 17 di Pulau Pinang dan 21 di negeri-negeri lain.
“Siasatan ini merangkumi tindakan terhadap individu yang merakam dan menyebarkan rakaman tersebut di bawah peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kertas siasatan telah dikemukakan kepada Pejabat Pendaftar Raya, Pulau Pinang pada 11 Ogos lalu dan kini sedang dalam penelitian pihak berkenaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
The post Batalkan himpunan berkait isu Jalur Gemilang – Ketua Polis Negara appeared first on Kosmo Digital.