Auto Added by WPeMatico

![]()
ALOR SETAR – Seorang pemandu lori dan juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengangkut 77 migran yang diseludup di tepi jalan di Taman Pelangi, di sini bulan lalu.
Tertuduh, Aliff Ezry Ismail, 35, dan Muhammad Izzudin Mustafa, 38, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa mengangkut 77 migran yang diseludup menggunakan lori jenis Isuzu di tepi jalan berhampiran lampu isyarat di Taman Pelangi pada pukul 5.45 pagi, 14 Mac lalu.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak lebih RM250,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Vatchira Wong Rui Fern tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh yang mana Muhammad Izzudin diwakili peguam Amnach Ee Niam sementara Aliff Ezry tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 8 Jun depan. – KOSMO! ONLINE
The post Dua lelaki dituduh angkut 77 migran appeared first on Kosmo Digital.
