Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat kes cabul seorang wanita di kawasan tempat letak kenderaan sebuah kelab malam di Jalan Metro Pudu 2, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 8.09 pagi.
“Siasatan awal mendapati kejadian melibatkan seorang suspek lelaki tempatan berusia sekitar 27 hingga 28 tahun. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE
The post Polis buru lelaki ‘sentuh’ wanita di parkir kelab malam appeared first on Kosmo Digital.