Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga diskaun sehingga 30 peratus apabila mengunjungi Kedai FGV sempena Program Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Eksekutif Jualan Kedai FGV, Husna Sofea Salim berkata, antara barangan keperluan asas yang dijual di reruai tersebut termasuk beras, minyak masak, gula, rempas ratus, mee segera dan pelbagai lagi.
Lebih istimewa katanya, pengunjung juga boleh mendapatkan beras wangi serendah RM25 bagi pek lima kilogram semasa jualan happy hour setiap hari dari pukul 12 tengah hari sehingga 1 petang.
“Harga jualan di luar (pasaran luar) beras ini adalah sekitar RM34. Jadi setiap hari (sehingga hari terakhir karnival) kita akan mengadakan jualan istimewa ini.
“Selain itu, kita turut menawarkan pelbagai lagi barangan keperluan asas yang harga diskaunnya sehingga 30 peratus seperti seperti santan satu liter yang boleh dibeli pada harga RM12.30 seunit berbanding RM14 di pasaran luar,”katanya ketika ditemui di MITEC hari ini.
Mengulas lanjut, Husna Sofea berkata, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan melebihi RM100,000 bagi setiap pembelian minimum RM50.
Jelasnya, selain reruai di MITEC, Kedai FGV ketika ini beroperasi dalam talian sepenuhnya.
“Ini merupakan kali pertama kami membuka reruai fizikal untuk orang ramai. Kebiasaannya, semasa menyertai acara bersama Felda atau FGV, kami hanya membuka secara kecil atau pop-up booth sahaja.
“Namun, sempena Hari Peneroka kali ini, kami tampilkan eksklusif untuk acara ini sahaja. Tetapi Kedai FGV ini dalam perancangan untuk dibuka secara fizikal pada masa alam datang,”katanya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata, pihaknya menyasarkan dua juta pengunjung hadir ke P
MK3D 2025 yang bermula hari ini sehingga Ahad.
Jelas beliau, karnival itu merupakan antara yang terbesar pernah dianjurkan oleh Kementerian Desa dan Wilayah (KKDW), dengan penyertaan lebih 1,000 usahawan daripada pelbagai sektor yang menawarkan produk usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Ahmad Zahid yang juga Menteri KKDW turut memaklumkan, pihaknya menyasarkan nilai transaksi jualan hingga RM209 juta merangkumi jualan tunai, pembiayaan usahawan serta potensi padanan perniagaan.
Bertemakan “Desaku Mendunia” MK3D 2025 menggabungkan tiga program keusahawanan utama iaitu Karnival Usahawan Desa (KUD) oleh KKDW, Hari Peneroka Felda oleh Felda dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop). – KOSMO! ONLINE
The post MK3D: Kedai FGV tawar diskaun 30 peratus barangan keperluan asas appeared first on Kosmo Digital.