Auto Added by WPeMatico

![]()
ROMPIN – Seorang lelaki warga Kemboja maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios di Jalan Selendang-Rompin berhampiran Bukit Serdang di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian kira-kira pukul 8.05 pagi itu berlaku ketika mangsa Chu Aly,44, dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke arah Selendang manakala kereta dalam perjalanan dari Selendang menghala bandar Rompin.
“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar kereta yang sedang bergerak lurus di laluan sah.
“Akibat daripada kemalangan tersebut penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang kereta jenis Toyota Vios tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan siasatan giat dilakukan.
“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang cuai ketika menunggang dan masuk ke laluan bertentangan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki Kemboja maut motosikal bertembung kereta appeared first on Kosmo Digital.

