Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Perhimpunan bantahan kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang diadakan di hadapan Bangunan ICON berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden tidak diingini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, himpunan yang bermula kira-kira pukul 2 petang hingga 4 petang itu disertai kira-kira 700 peserta.
Katanya, seramai 488 pegawai dan anggota keselamatan termasuk 18 pegawai ditempatkan bagi tujuan kawalan lalu lintas dan keselamatan di sekitar kawasan tersebut.
“Polis bersama agensi lain termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah bertugas di lokasi bagi memastikan kelancaran serta keselamatan semua pihak.
“Sepanjang tempoh perhimpunan, tiada sebarang kejadian yang menjejaskan ketenteraman awam dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan polis menggesa supaya penganjuran perhimpunan bagi membantah kehadiran Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 tidak diadakan, bagi menjaga imej negara dan keselamatan delegasi antarabangsa.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail, dilaporkan berkata, tempoh Sidang Kemuncak ASEAN bukan masa sesuai untuk sebarang perhimpunan kerana semua keutamaan ditumpukan kepada aspek keselamatan dan protokol negara.
“Polis menasihati supaya perhimpunan itu tidak diteruskan kerana kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur diklasifikasikan sebagai zon kawalan keselamatan dan menjadi tumpuan utama delegasi luar negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Himpunan bantah kehadiran Trump berlangsung aman appeared first on Kosmo Digital.