Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Tidak tampak natural, pelakon Idris Khan tampil menegur segelintir wanita Melayu yang gemar menggunakan kanta lekap berwarna sehingga menutupi keaslian kecantikan wajah.
Ujar Idris atau nama sebenarnya Muhammad Idris Abdul Ghaffar Iskandar Khan, 36, pandangannya bukan untuk menjatuhkan sesiapa, sebaliknya lahir daripada pemerhatian terhadap gaya fesyen wanita masa kini.
“Sekadar berpesan, jangan ada yang terasa. Ada sesetengah gadis Melayu sebenarnya jauh lebih cantik tanpa kanta lekap berwarna.
“Kecantikan semula jadi itu jauh lebih menyerlah. Belajarlah untuk hargai kecantikan asli diri sendiri,” katanya dalam Threads.
Tambah pelakon drama Bukan Hanya Sekadar Cinta itu, setiap insan memiliki keunikan tersendiri tanpa perlu bersembunyi di sebalik kosmetik tambahan.
“Wahai kaun Hawa, saya tidak menghakimi sesiapa. Itu bukan diri saya. Ini hanya pemerhatian dan pandangan peribadi. Kalian tetap cantik walau tanpa kanta lekap. Cuma saya rasa kecantikan sejati terpancar apabila seseorang menghargai dirinya sendiri.
“Ada ketika kanta lekap berwarna itu tidak serasi dengan wajah pemakai. Malah, saya rasa tidak menonjolkan kecantikan sebenar seseorang.
“Percayalah, teguran ini datang dari niat baik, bukan negatif. Mari sebarkan kasih sayang, kedamaian dan aura positif,” jelasnya.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial apabila ada yang menyokong dan begitu juga sebaliknya.
“Betul cakap Idris, kecantikan asli lebih menawan. Kadang-kadang kanta lekap hanya membuatkan wajah nampak pelik,” kata seorang pengikut
“Kau tak faham susahnya mahu menjadi cantik, kau lelaki, baik diam sahaja daripada menyakitkan hati,” komen seorang netizen.
“Tak salah pun nak pakai kanta lekap. Itu hak individu. Kalau rasa lebih yakin, teruskan sahaja,” tulis seorang pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE.
The post ‘Wanita Melayu jauh lebih cantik tanpa pakai kanta lekap’ appeared first on Kosmo Digital.