Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Satu lagi kes serangan tembak dilaporkan beraku melibatkan sekumpulan lelaki di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, di sini, hari ini.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka yang tular di media sosial, sekumpulan lelaki bertopeng dilihat melepaskan tembakan di hadapan pusat beli-belah itu.
Sekurang-kurangnya dua individu maut dalm kejadian tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, kenyataan media berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Dua individu maut ditembak di pusat beli belah Cheras appeared first on Kosmo Digital.