Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) nyaris maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh buah rumah di Jinjang di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.34 tengah hari itu, mangsa berusia 41 tahun berjaya diselamatkan anggota bomba selepas mengalami sesak nafas serta melecur di bahagian kaki.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan jentera ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan tujuh buah rumah dan menyebabkan kemusnahan 100 peratus.
“Pasukan bomba melaksanakan teknik pemadaman secara offensive dan defensive bagi mengelakkan api merebak ke rumah berhampiran,” katanya, hari ini.
Menurut kenyataan itu, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.34 petang sebelum dipadam sepenuhnya pada pukul 3.37 petang.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Selayang menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut di Zon Kuning.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Siasatan Kebakaran,” katanya.
Tambahnya, operasi pemadaman melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dengan bantuan BBP Menjalara, BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Sri Hartamas. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki OKU terselamat dalam kebakaran 7 rumah di Jinjang appeared first on Kosmo Digital.