Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol mengakui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita.
Jefri, 26, memaklumkan kontroversi hangat melibatkan kenyataan dalam satu audio siar hanyalah satu gurauan dan rekaan semata-mata.
“Saya hanya bergurau dalam podcast (audio siar) itu, sumpah.
“Saya hilang beberapa kerjasama dengan jenama-jenama besar kerana cerita itu,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna TikTok.
Dalam masa sama, pelakon filem Dear Nathan itu turut memberitahu bahawa dia belum pernah melakukan hubungan intim sepanjang dalam dunia lakonan.
“Semua yang saya katakan mengenai wanita itu adalah bohong, saya masih teruna,” ujarnya.
Sebelum ini, teman lelaki kepada pempengaruh Ameera Khan itu mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka berkongsi tentang kehidupan seksualnya yang melampau. – KOSMO! ONLINE
The post Masih teruna, saya hanya bergurau, sumpah! – Jefri Nichol appeared first on Kosmo Digital.