Auto Added by WPeMatico

MELAKA – Seorang lelaki warga Bangladesh direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun di Taman Malim Jaya, di sini Ahad lalu.
Perintah reman sehingga 23 Jun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, N. Sivashangari terhadap suspek yang berusia 40 tahun bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.
Menurut sumber, perbuatan itu disyaki dilakukan suspek pada Ahad lalu kira-kira pukul 4 petang ketika dia melakukan kerja-kerja pemasangan jaring di kediaman mangsa.
“Mangsa sewaktu kejadian dilaporkan sedang bermain di ruang tamu sebelum tiba-tiba menangis dan berlari kepada pengadu iaitu ibunya.
“Kanak-kanak itu kemudian mengadu bahawa suspek telah melakukan perbuatan tidak senonoh terhadapnya menggunakan jari kakinya dan cuba membuka seluarnya,” katanya.
Ujarnya, susulan laporan dibuat ibu mangsa, sepasukan anggota polis dari Cawangan D9 dan D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah menahan suspek di Batu Berendam pada pukul 4 petang semalam.
“Suspek bagaimanapun tidak mengaku terlibat dalam kes yang disiasat dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati negatif dadah,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE
The post Lelaki Bangladesh direman ‘sentuh’ budak guna jari kaki appeared first on Kosmo Digital.